Tuesday, October 7, 2014

I'm Back..

Assalamualaikum..

Lama..lama..dan lama sangat tak menjengah blog Suplemen Keluarga ni..
Bukan tak rindu tapi..Biar tuan badan je tahu..
In Sha Allah lepas ni tak main cak..cak dah..
Lepas ni akan cuba kongsi seberapa banyak maklumat kesihatan untuk semua..
SHAKLEE tetap di hati walaupun sebelum ni tak berapa nak aktif.
Ok..jumpa lagi..
Opss..Promo bulan Oktober ape?
ESP ye..Beli 6 percuma 1..
Wassalam

…PRODUK INI TIDAK BERTUJUAN UNTUK MENDIAGNOS, MERAWAT, MENGUBATI ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT….
NURNADIA BT MD JAINI
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTORS
ID :962762
SMS/WHATSAPP: 0134093111
FB: Jom Sihat
***JOM SIHAT BERBALOI-BALOI DENGAN SHAKLEE***
 

Sunday, January 19, 2014

Protein dan Kalsium Galakkan Pertumbuhan Rambut

Selepas bersalin kaum ibu tidak akan terlepas dari masalah keguguran rambut. Ianya adalah perkara normal. Wanita mempunyai anggaran rambut sebanayak 100000 helai rambut. Purata keguguran rambut setiap hari adalah 100 helai. Pertambahan hormon estrogen semasa hamil menyebabkan pertumbuhan rambut yang banyak. Pada waktu hamil rambut ibu dikatakan lebih tebal dan sihat. Selepas bersalin hormon estrogen akan turun secara mendadak sehingga kembali semula ke paras normal. Penurunan hormon ini akan berlaku berterusan dalam tempoh 2 hingga 3 bulan tetapi bergantung juga kepada wanita tersebut. Sepanjang masa ini keguguran akan berlaku dengan sangat teruk.
Ada juga kata-kata orang tua yang bahawa sekiranya si anak mula menyembur air liur bermulalah keguguran rambut ini.
Keadaan keguguran rambut ini akan berterusan sehingga 3-6 bulan atau boleh juga mnececah sehingga 9 bulan. Perkara ini tidak dipengaruhi oleh penyusuan susu ibu. Selepas itu, keadaan akan kembali sepertti biasa.

Untuk menggalakkan pertumbuhan rambut terdapat beberapa tips:
1. Banyakkan pengambilan protein dan kalsium untuk kuatkan akar rambut. Apa produk Shaklee yang ada kalsium dan protein? ESP da protein...Ostematrix ada kalsium..
2. Kurangkan pengambilan makanan dengan perisa, pewarna dan bahan tambahan tiruan seperti MSG dll.
3. Menyapu kulit kepala dengan santan atau minyak zaitun at least 1 minggu sekali.
4. Pengambilan makanan tambahan seperti herba untuk rambut atau multivitamin (Shaklee?) sangat penting untuk kesihatan rambut.

Monday, January 13, 2014

Kepentingan Pengambilan Suplemen dalam Kehidupan Seharian

Bismillahirrahmanirrahim..

Sekarang dah menunjukkan pukul 4 pagi. Saya masih berjaga. Sebenarnya terpaksa menyiapkan tugasan pejabat. Walaubagaimanapun, apa salahnya sambil menyelam minum air kan. Sambil-sambil siapkan kerja saya turut nak berkongsi satu maklumat dalam blog kesayangan saya ni.
Selama anda mengamalkan suplemen adakah anda tahu apa kepentingan pengambilan suplemen dalam kehidupan seharian anda?
Mengikut Pakar Pemakanan dari Hospital Pakar KPJ, Kelantan Rose Hanizan Mat Hassan suplemen merupakan makanan tambahan dan bukan makanan gantian yang sering dianggap oleh sesetengah orang.
Makanan tambahan ini boleh wujud dalam bentuk makanan atau minuman.
Badan kita memang memerlukan pelbagai nutrien untuk pelbagai sebab. Antaranya kecantikan dan semestinya untuk kesihatan seharian. Contohnya, Vitamin C, Vitamin E, Zink adalah untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Nak gebu? nak cantik? Perlulah cukup nutrien-nutrien tertentu.
Sebelum mengambil suplemen kita perlu tahu sebab apa kita ambil suplemen tu. Jangan main ambil je. Kita juga perlu tahu cara pemakanan. Sekiranya terlebih dose ia akan memudaratkan kesihatan juga. Dapatkanlah nasihat dari Doktor atau pakar terlebih dahulu terutama bagi suplemen yang jarang dikenali.
Satu lagi kita perlu ingat bahawa suplemen bukan ubat yang akan menyembuhkan sesuatu penyakit tetapi ia merupakan makanan tambahan untuk mengekalkan kesihatan. Ia akan membaiki atau membetulkan sel-sel yang bermasalah. InsyaAllah.
Pemilihan suplemen juga perlu dibuat dengan betul supaya tidak memudaratkan kesihatan. suplemen yang dipilih perlulah diperbuat dari sumber semulajadi dan dari bahan organik. Ia juga tidak menggunakan bahan kimia.Paling penting mestilah mendapat kelulusan KKM.
Jangan ambil suplemen yang kita tak tahu kandungan dan asal-usulnya. Sekarang terlalu banyak suplemen dengan pelbagai jenama. Pengambilan suplemen yang tiruan/salah akan memberi kesan buruk untuk jangka masa panjang. Kadang-kadang anda tidak akan dapat lihat kesannya sekarang tetapi akan berlaku beberapa ketika lagi. Nauzubillah
Pilihlah suplemen yang betul supaya tujuan utama kita nak jaga tubuh badan kita tercapai untuk jangka pendek dan panjang.
Selamat beramal.

Friday, January 10, 2014

Gout?



 
Gout?
Pernah tengok? Pernah dengar?
Macam gambar kat atas tu la..
Macam mana boleh jadi gout ni?
Mengikut kajian, penyakit gout ini terjadi disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan kita. Asid urik ini merupakan bahan kumuhan yang berasal dari protein yang dipanggil purin.
Normalnya, asid urik ini dibuang bersama-sama dengan air kencing(urin). Walaubagaimanapun, bagi pesakit ggout, asid urik ini tidak dibuang tetapi terkumpul di bahagian sendi.
Selalunya, penyakit ini dihidapi oeh lelaki yang berumur 30-60 tahun dan jarang dihidapi oleh wanita yang masih belum putus haid.
 Apa tanda-tanda penyakit gout ini?
Lazimnya, penyakit ini akan menyerang di ibu jari kaki. Walaubagaimanapun, ia boleh menyerang sendi lain seperti lutut, pergelangan tangan, jari dan buku lali.
Kawasan sendi itu akan menjadi merah, bengkak, panas dan akan menjadi sakit yang teramat. serangan ini berlaku dengan tiba-tiba dan kadang-kadang boleh berlanjutan semalaman. Sendi akan menjadi bisa dan kadang-kadang dengan hanya sedikit geseran sahaja, pesakit akan merasa sangat menderita. Sakit boleh berlanjutan sekiranya tidak dirawat segera.
Asid urik yang berkumpul di bawah kulit akan membentuk benjolan yang dipanggil sebagai 'thopi'. Dalam saluran air kencing juga boleh terbentuknya batu karang. Selalunya, pengidap gout juga akan menghadapi masalah lain seperti kegemukan, darah tinggi, hiperlipidemia dan diabetis.
Rawatannya juga pastilah berkaitan dengan pemakanan untuk mengurangkan atau terus tinggalkan makanan yang mempunyai kandungan sid urik yang tinggi.
contohnya, organ dalaman, ikan bilis, ikna sardin, daging cincang, makanan bercengkerang dan lain-lain.
Dalam rawatan juga dicadangkan pengambilan suplemen. Ini antara cadangan suplemen dari Shaklee yang sudah terbukti keberkesanannya. InsyaAllah.

1) VITAMIN C - untuk mengurangkan uric acid di dalam badan, sekurang-kurangnya perlu ambil 3 biji sehari, iaitu 1500mg.
2) ALFALFA - Punca vitamin dan mineral yang diperlukan badan. Ini dapat mengurangkan pembentukan baru uric acid.
3) OMEGA GUARD - Mengurangkan dan mengelakkan inflammatory (bengkak) pada anggota yang terkena serangan GOUT.
4) PERFORMANCE DRINK - memastikan tubuh pesakit mempunyai kandungan air dan gula yang cukup agar tidak dehydrate.

Wallahualam.

Wednesday, January 8, 2014

Ostematrix untuk ibu mengandung

Bismillahirrahmanirrahim..

Ostematrix adalah salah satu suplemen yang dicadangkan pengambilannya semasa mengandung kerana adanya kandungan nutrien yang sangat diperlukan pada tubuh badan ibu mengandung. Seperti yang kita selalu dengari, baby dalam perut akan mengambil sumber kalsium dalam tubuh badan si ibu. Sekiranya kandungan kalsium dalam tubuh badan kita sendiri tidak mencukupi bagaimana sumber ini nak diserap dan disalur pada baby dalam perut?
Ada juga ibu-ibu yang tak dapat@tak lalu pun untuk mengambil susu seperti yang disarankan sebagai sumber kalsium. Jadi, nampaknya suplemen adalah anatara cara atau talian hayat yang ada.
Pengambilan Ostematrix dalam menu harian ibu mengandung dapat membantu dalam beberapa perkara terutama dalam komposisi kalsium yang diambil. ini bermakna bukan ibu sahaja yang akan mendapat kalsium yang cukup malah baby juga akan dapat manfaatnya.
PEngambilan Ostematrix boleh juga menangani masalah cramp yang sering dialami oleh ibu-ibu mengandung. Bila Ostematrix diambil sebelum tidur, InsyaAllah esoknya akan bangun dalam keadaan badan yang cergas.
Selain itu, seperti testimoni saya sendiri, sistem pengahadaman akan menjadi lebih baik dan mampu melawas dengan sangat 'selesa' .
Apalagi..bolehlah cuba bagi ibu-ibu yang tak boleh telan susu ni terutama di pagi hari. InsyaAllah anda akan rasa keberkesanannya..


Terima kasih OsteMatrix

Bismillahirrahmanirrahim..


Ostematrix?
Entri sebelum ini pun saya ada cerita-cerita pebagai kebaikan Ostematrix ini. Kenapa tiba-tiba saya nak cakap pasal Ostematrix ni pulak?
Haaaa..sebabnya nak bagi testimoni sendiri lagi la..
Baru ni saya lebih kurang tiga hari tidak membuang. Lama kan. tak tau apa silapnya lama pulak tak membuang. Hati ni memang risau sebab kalau sebelum-sebelum ini kalau 3 hari tak membuang memang fuhhhh...'paham-paham la ye.':)
Tapi nak dijadikan cerita malam tu dah sampai seru nak membuang. Alhamdulillah memang berkesan. lancar..tak sakit..rasa lega perut ni.
Siapa yang pernah amalkan sudah tentu tau kesannya. Ada juga pelanggan yang amalkannya untuk memulihkan buasir bersama-sama suplemen lain. InsyaAllah.
Sekadar  kongsi-kongsi di tengah hari..

Monday, December 30, 2013

Testimoni Omega Guard

Bismillahirrahmanirrahim..

Selamat malam semua.. Malam ni saya tak nak taip banyak sebab ada kerja yang perlu diselesaikan selain terpaksa menjaga anak saya sorang-sorang sebab hb outstation..
So..saya nak hidangkan anda dengan testimoni penambilan Omega Guard ini sahaja untuk santapan malam anda. Lagipun esok hari terakhir nak dapat harga promosi Omega Guard ni..Sila-sila lah ye..dan macam biasa kalau berkenan di hati boleh terus hubungi saya.











Biar testimoni yang berbicara..Aci x?
Ok..Terima ksih sudi membaca..Selamat malam.