Friday, October 25, 2013

Siapa yang perlu mengambil Mealshake?

Bismillahirrahmanirrahim.
   Ada di antara kita yang tertanya-tanya Mealshake sesuai untuk siapa? Kanak-kanak sahaja atau orang dewasa pun boleh ambil Mealshake?
   Baiklah.. Di sini ada entri pendek untuk memaklumkan anda siapa yang sesuai mengambil Mealshake ini.
 - Mealshake ini sesuai diambil oleh anak-anak kita yang berumur 1 tahun dan ke atas di mana ia sesuai sebagai multivitamin untuk membantu pembesaran yang sihat untuk anak-anak kita
- Sekiranya anak-anak kita mengalami sembelit, Mealshake ini sesuai untuk diberi kepada mereka kerana kehadiran fiber dalam Mealshake ini
- Bagi anak-anak yang kurang selera makan boleh juga diberi
- Mealshake juga sesuai untuk ibu yang menyusu badan dan dalam masa yang sama mahu kuruakan badan.
- Sekiranya ada ibu hamil yang mempunyai masalah alahan Mealshake ini sangat dicadangkan bagi mendapatkan hidangan lengkap seharian. Ibu hamil perlu mendapatkan nutrisi yang lengkap bagi menyalurkanya kepada baby di dalam perut.
- Mealshake ini menyediakan satu hidangan lengkap untuk kesihatan badan. Oleh itu, bagi individu yang sukar mengambil vitamin dalam bentuk tablet boleh mengambil Mealshake ini.
- Seterusnya sesiapa sahaja sesuai untuk mengambil Mealshake termasuk warga tua atau kanak-kanak. Ini bermakna Mealshake boleh dijadikan makanan harian seisi keluarga.

RM 113.75(WM)/RM121.25(EM)



Boleh hubungi untuk harga berbaloi-baloi.
Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh hubungi :
 FB: Nur Nadia
SMS/Whatsapp :0134093111
ID SHAKLEE : 962762

'JOM SIHAT BERBALOI-BALOI DENGAN SHAKLEE'
 

Wednesday, October 23, 2013

Saya Mealshake SHAKLEE

Bismillahirrahmanirrahim.

   Selamat malam semua. Malam ini saya nak kongsi pasal salah satu masalah yang sering melanda ibu-ibu mengenai anak-anak mereka termasuklah saya. Dulu, masa Adam umur dalam setahun dia memang tak suka makan nasi dan badan memang kurus. Setiap kali nak pergi klinik untuk timbang mesti risau sebab berat komfem tak banyak berubah. Lepas itu, saya diperkenalkan oleh kawan saya Mealshake dari SHAKLEE untuk membuatkan Adam berselera nak makan. Alhamdulillah, selepas mengamalkannya Adam jadi lalu makan dan badannya lebih berisi. Baru sedap Umi dia nak peluk.Hehe..
   Sekarang, saya pulak nak kongsi dengan ibu-ibu atau bapa-bapa yang mengalami masalah yang sama seperti saya.
   Mealshake ini bukan sahaja sesuai dengan kanak-kanak malah ia sesuai untuk semua golongan umur. Sebab itu, ramai yang menjadikan Mealshake ini sebagai hidangan keluarga setiap hari.
   Mealshake menyediakan hidangan lengkap  seharian. Asid amino dan nutrisinya mudah diserap oleh badan untuk kegunaan seharian. Mealshake diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi. (Semua produk SHAKLEE diperbuat dari bahan semulajadi ye) Bahan-bahannya terdiri daripada buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain. Lactalbumin ialah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protein yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga ke orang dewasa.
   Mealshake menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Untuk pengetahuan ibu-ibu dan bapa-bapa semua jika zat yang diambil oleh anak-anak kita kurang, ia boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh badan kita. Selain itu, mealshake kaya dengan protein bagi membantu pembinaan sel-sel kulit, rambut, kuku, organ darah dan lain-lain. Untuk membantu tumbesaran anak-anak kita, mealshake mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan oleh tubuh badan mereka untuk membina tulang dan sel-sel untuk pembesaran. Kandungan vitamin A, C, E, zink dan selenium dalam mealshake ini bertindak sebagai anti oksida untuk melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan. Kandunga Vitamin B, zat besi dan copper dalam mealshake boleh menaikkan seri wajah anda. Serat larut yang ada dalam mealshake ini berguna untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus. yang paling penting, mealshake ini mempunyai rasa yang lazat dan tidak mengandungi sebarang pewarna tiruan.
   Jadi, apalagi. Jom kita bantu anak-anak kita untuk mendapat nutrisi yang lengkap bagi kehidupan seharian mereka.


 RM 113.75(WM)/RM121.25(EM)
Boleh hubungi untuk harga berbaloi-baloi.
Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh hubungi :
 FB: Nur Nadia
SMS/Whatsapp :0134093111
ID SHAKLEE : 962762

'JOM SIHAT BERBALOI-BALOI DENGAN SHAKLEE'



Monday, October 21, 2013

ENERGIZING SOY PROTEIN(ESP)

Bismillahirrahmanirrahim.
   Sebelum tidur saya nak kongsikan apa yang saya amalkan dari Shaklee ini. Saya ambil Carotomax(untuk mata), saya ambil Ostematrix(untuk kalsium), saya ambil Chew Vitamin C (untuk kulit & imun) serta tak ketinggalan ESP(untuk pelbagai fungsi). Tapi untuk malam ni saya nak kongsi tentang ESP yang saya ambil ni. Jom baca sikit sebelum tidur.
   Energizing Soy Protein merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuh-tumbuhan semulajadi yang rendah lemak, bebas kolesterol dan kaya dengan asid amino penting. ESP ini telah terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga kita berjam-jam lamanya. ESP ini merupakanprotein tumbuh-tumbuhan yang berkualiti tinggi dengan kandungan 14g protein soya dan 500mg kalsium di mana ia baik untuk kesihatan jantung kita. ESP mempunyai paras glisemi yang rendah. Oleh itu ia mengekalkan paras gula yang normal dalam darah. Kehadiran protein juga adalah untuk mengekalkan otot, membaiki tisu dan fungsi enzim serta menjadikan tindakbalas hormon lebih teratur. Ia juga membantu menyokong sistem imun badan, menegkalkan kolesterol normal serta menggalakkan kesihatan jantung dan prostat.

1 bekas ESP ini mempunyai berat bersih 850g. Berdasarkan apa yang saya amalkan ESP ini mampu bertahan dalam sebulan atau lebih sedikit. Jimat.

Antara kebaikan yang anda bakal perolehi sekiranya mengamalkan ESP ini secara konsisten adalah seperti berikut :

- Bagi wanita yang mahu haml dan merancang untuk hamil, ESP ini akan memelihara dan memulihara rahim anda.
- bagi wanita yang sedang hamil pula, ESP akan membantu menguatkan rahim serta bantu pembentukan otot baby disebabkan kehadiran protein ini.
- bagi wanita menyusu pula, ESP akan membantu membanyakkan pengeluaran susu dengan kehadiran protein
- ESP juga akan menstabilkan hormon dengan kehadiran isoflavin yang bantu memulihkan hormon wanita seterusnya menggantikan darah yang kotor
- Untuk individu yang berhajat nak kuruskan badan, ESP ini akan membantu anda mengatasi rasa lapar dan perut anda akan rasa kenyang dengan lebih lama
- pengambilan ESP akan melengkapkan keperluan nutrisi untuk tubuh badan anda
- untuk kecantikan pula, ESP akan membantu mencantikkan kulit anda serta menggebukannya.
- ESP juga membantu anda bertenaga dengan lebih lama

InsyaAllah...

Pengambilan ESP lebih sesuai semasa perut kosong seperti waktu pagi kerana kadar  metabolisme tinggi berbanding waktu lain. Ini akan menyebabkan asid amino dapat diserap dengan baik. InsyaAllah.

Selamat malam..Jom ber ESP bersama-sama.

RM 150(WM)/RM155(EM)
Boleh hubungi untuk harga berbaloi-baloi.
Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh hubungi :
 FB: Nur Nadia
SMS/Whatsapp :0134093111
ID SHAKLEE : 962762

'JOM SIHAT BERBALOI-BALOI DENGAN SHAKLEE'





B- Complex untuk wanita

Bismillahirrahmanirrahim.
   Wanita dan kecantikan memang tak dapat dipisahkan. Tak kiralah sama ada wanita itu adalah anak dara, ibu, isteri atau sesiapa sahaja. Selain dari pengambilan Sustained Released vitamin C, Shaklee Collegen Powder banyak lagi produk Shaklee yang boleh diamalkan bagi tujuan kecantikan. Macam mana anda boleh cantik dengan pengambilan B- complex ni? Jom tambah ilmu sikit.

1) Pengambilan B-Complex sangat membantu dalam urusan sehari-hari wanita tak kiralah wanita bekerjaya, suri rumah atau pelajar. Begitu juga untuk ibu yang menyusukan anak. Kenapa? Ini kerana pengambilan B-complex ini akan menjadikan badan anda lebih bertenaga. Bagi ibu menyusu pulak, terpaksa bersengkang mata untuk menyusukan anak di malam hari. Esok pulak kena kerja. Nak tenaga kena la cukup nutrisi dalam badan. Bila bertenaga tak la nampak lemah sangat badan. Muka pun berseri-seri la.

2) B- complex berfungsi sebagai penenang. Fakta menunjukkan emosi ibu yang stabil mampu melancarkan proses penyusuan. Entri sebelum ini ada saya ceritakan fungsi vitamin B sebagai penenang dan penghilang stress.

3) Istimewanya lagi B-complex ini sangat penting dalam proses penukaran makanan kepada tenaga.

Macam mana anda boleh kenalpasti seseorang yang kekurangan vitamin B? Bila anda perhatikan seseorang itu cepat marah dan melenting, murung, lesu dan letih, moody, kulit nampak kusam dan selalu tension bermakna dalam badanya kurang vitamin B ni.
   Vitamin B ini merupakan vitamin larut air. Ia tidak dapat disimpan dalam badan kita bila-bila masa sekalipun. Ia perlu diganti dan ini berlaku setiap hari. Melalui cahaya, vitamin B ini akan musah dan deaktif. Gula juga mampu menghapuskan kehadiran Vitamin B. Selain itu, stress juga mampu meluputkan Vitamin B. Untuk pengetahuan anda juga, haba mampu juga menghapuskan vitamin B. Selalunya proses penyediaan makanan yang melibatkan haba mampu untuk menghapuskannya. Bagi individu yang mengambil antibiotik, pil perancang, pil tidur vitamin B sangat mudah terhapus. Oleh itu, anda perlu pastikan pengambilan Vitamin B dalam badan anda sentiasa mencukupi. Langkah bijak dan mudah tentulah mengamalkan suplemen contohnya sudah tentu B-Complex dari Shaklee.

Terima kasih sudi membaca perkongsian ini. Mudah-mudahan ada maklumat yang dapat membantu terutama bagi ibu yang menyusu seperti saya. InsyaAllah.

Wassalam.

Vitamin B-Complex untuk masalah keguguran rambut

Bismillahirrahmanirrahim.
   Malam ni kita sambung lagi berkongsi mengenai Vitamin B-Complex ini. Kali ini kita fokus pada masalah keguguran rambut dahulu. Lazimnya masalah keguguran rambut tidak hanya dikaitkan dengan wanita malah lelaki juga dihantui dengan masalah keguguran rambut ini. Jom kita baca sedikit info kelebihan vitamin B-Complex ini untuk masalah berkaitan rambut ini. Moga boleh dijadikan panduan buat anda.

Vitamin B3 - kehadiran vitamin ini dapat membantu membaiki aliran darah pada kulit kepala kita

Vitamin B5 - Boleh mengelakkan rambut beruban dan gugur

Vitamin B6 - Mengelakkan keguguran rambut serta penghasilan melanin yang boleh menyebabkan uban

Vitamin B12 - Mengatasi keguguran rambut juga

Biotin - menghasilkan keratin dan mengatasi keguguran rambut serta rambut beruban

Secara kesimpulannya, kehadiran Vitamin B dalam badan kita penting bagi mengelakkan masalah berkaitan rambut ini. Siapa yang tak sayangkan rambut. Biarlah kita bertudung tapi rambut kita tetap cantik.

Jom cantikkan rambut kita dengan kehadiran Vitamin B yang mencukupi dengan salah satu caranya adalah mengamalkan VitaminB- Complex dari SHAKLEE dengan harga yang berpatutan RM53.75 (WM) dan RM56.25(EM). Boleh hubungi saya untuk dapatkan harga yang lebih berbaloi.

FB: Nur Nadia
SMS/Whatsapp :0134093111
ID SHAKLEE : 962762

'JOM SIHAT BERBALOI-BALOI DENGAN SHAKLEE'

Sunday, October 20, 2013

Lagi tentang Vitamin B-Complex

Bismillahirrahmanirrahim.

   Kita sambung semula tentang Vitamin B ini. Apa sumber makanan yang menyumbang kepada Vitamin B untuk tubuh badan kita sekiranya kita tak ambil Vitamin B dalam bentuk suplemen?
Vitamin B terkandung dalam makanan seperti gandum, daging, susu, kacang hijau, ragi, beras, telur, buah-buahan dan macam-macam lagi. Tapi adakah kita mengambil sumber makananini setiap hari? Jika kita tidak ambil makanan ini dari mana datangnya vitamin B untuk badan kita? Kan senang kalau dapat telan 1 benda je dan terus cukup keperluan vitamin B dalam badan kita...Ha. Jawapannya kena la telan sebiji B-complex Shaklee ini. Selesai masalah.Hehe.

   Apa kelebihan Vitamin B-Complex ini Cik Kak? Banyak juga rupanya. Antaraya :
a) Kurangkan tekana emosi dan kelesuan
b) Mencegah kecacatan spina
c) Mencegah penyakit jantung
d) Mencegah barah serviks
e) Menolong metabolismakan karbohidrat, lemak dan protein
f) Menukarkan makanan kepada tenaga
g) Galakkan kesihatan kardiovaskular yang baik
h) Tingkatkan proses pemikiran
i) Bantu kestabilan saraf

Vitamin B yang baik adalah vitamin B yang mempunyai sistem penyarapan bioaktif berpaten, mengandungi 8 kesemua 8 jenis Vitamin B termasuk biotin, penghantaran zat yang tinggi serta semestinya mudah ditelan.

Siapa yang memerlukan Vitamin B ni?
1) Individu yang terdedah kepada sinaran matahari
2) Individu yang terdedah kepada tekana kerja serta bebanan kerja yang banyak
3) Individu yang mempunyai tekana darah tinggi, kencing manis dan migrain
4) Individu yang tidak dapat fokus kepada sesuatu pekerjaan yang dilakukan
5) Individu yang ingin menjaga kecantikan tubuh badan
6) Individu yang ingin kelihatan cantik dan muda
7) Individu yang hamil dan menyusukan anak
8) Wanita yang mengambil pil perancang
9) Individu yang sering sakit kepala(migrain)

Nanti kita kongsi lagi kelebihan-kelebihan Vitamin B ini untuk tujuan tertentu.

Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh hubungi :
 FB: Nur Nadia
SMS/Whatsapp :0134093111
ID SHAKLEE : 962762

'JOM SIHAT BERBALOI-BALOI DENGAN SHAKLEE'


Mari berkenalan dengan Vitamin B

Bismillahirrahmanirrahim...

   Sudah lama saya tidak berkesempatan untuk berkongsi lagi kebaikan produk-produk SHAKLEE ini disebabkan kekangan masa dan masalah talian internet. Baiklah. Malam ini saya ingin bawa anda semua untuk mengenali satu lagi suplemen Shaklee iaitu B-Complex.
   Sebelum itu, saya ingin kenalkan dahulu beberapa ahli keluarga dalam vitamin B seperti berikut :

a) Vitamin B1- galakkan pertumbuhan serta merangsang fungsi otak
                       - bantu dalam kesihatan sistem saraf
                       - cegah kelesuan
                       - tingkatkan stamina
                       - bantu dalam sistem pencernaan dan metabolisme badan
b) Vitamin B 2 - proses asid amino dan lemak
                        - bantu aktifkan vitamin B6 dan asid folik
c) Vitamin B3 - bantu kurangkan kolesterol dalam darah dan pengaliran kolesterol dalam darah
                        - bantu dalam kesihatan kulit
                        - bantu sistem pencernaan
d) Vitamin B5- bantu kurangkan stress fizikal.mental
                       - bantu kurangkan penuaan pramatang
e) Vitamin B6 - Vitamin utama dalam proses asid amino
                        - Kawal serotinin dalam otak kerana ketidakseimbangannya boleh meneybabkan
                          depresi
f) Vitamin B9- Bersama-sama dengan B12 bantu fungsi sistem neurotransmitter(kurangkan depresi)
g) Vitamin B12- kawal kesihatan sistem saraf dan bantu pembinaan sel darah

Ok... banyakkan kebaikan Vitamin B dalam kehidupan kita seharian kan. Sekarang nak tau juga apa uniknya Vitamin B Shaklee ini.  Vitamin B-complex Shaklee ini mengandungi sistem penyerapan bioaktif. Biasanya asid folik tambahan dan vitamin B tidak mudah diserap oleh tubuh. Dengan penghasilan kandungan asid folik yang unik dari Shaklee ia membuatkan zat makanan lebih mudah diserap dan diingatkan teknologi berpaten ini eksklusif untu SHAKLEE sahaja. Selain itu, vitamin B -complex ini mudah ditelan. Vitamin b-complex dari Shaklee ini juga mengandungi 8 vitamin B yang penting seperti diatas termasuk 100% Nilai Harian Biotin.
   Apa lagi cepat-cepatlah cuba Vitamin B- complex Shaklee ini. InsyaAllah anda akan dapat rasa perbezaannya selepas mencuba seperti saya.
   Selamat malam..


RM 53.75 (WM)/RM 56.25(EM)
Untuk harga berbaloi-baloi boleh hubungi saya.
Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh hubungi :
 FB: Nur Nadia
SMS/Whatsapp :0134093111
ID SHAKLEE : 962762

'JOM SIHAT BERBALOI-BALOI DENGAN SHAKLEE'

Monday, October 7, 2013

Pemilihan Vitamin E

Bismillahirrahmanirrahim.

   Bagaimana anda membuat pilhan untuk membeli Vitamin E anda? Main pilih sahaja atau ada panduan yang anda ikuti? Ha. Kat sini saya nak kongsi sedikit panduan yang boleh anda ikuti semasa memilih Vitamin E untuk anda. Sebelum ini saya nak tunjuk keratan akhbar ini. Credit to mamafaiz.





Mesti semua terkejut dengan kenyataan akhbar ini. Sebab itu saya nak kongsi panduan nak pilih vitamin E yang betul supaya anda tak terpilih vitamin yang salah.
 Ini adalah saranan dari Dr. Bruce Miller.
   Pertama : Pilihlah Vitamin E yang dihasilkan dari sumber semulajadi.(Ini anda boleh lihat pada label. Terdapat huruf 'd' kecil (d-alfa tocoferol). Ia menunjukkan sumber asli. Sekiranya terdapat huruf 'l' atau 'dl' ia menunjukkan sumber bahan kimia atau tiruan) Tolong berhati-hati ya. 
   Kedua : Cari perkataan mixed tocopherol dalam label
   Ketiga: Pilihlah vitamin E yang mengandungi Selenium ( Kebanyakan Vitamin E di pasaran menjual Vitamin E berasingan dengan Selenium)

Kesimpulannya, semua pilihan Vitamin E yang baik ini ada pada Vitamin E- Complex dari SHAKLEE.

Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh hubungi :
 FB: Nur Nadia
SMS/Whatsapp :0134093111
ID SHAKLEE : 962762

'JOM SIHAT BERBALOI-BALOI DENGAN SHAKLEE'

Vitamin E =Vitamin Cinta

Bismillahirrahmanirrahim.
   Vitamin E Vitamin Cinta? Macam mana tu? Berita baik kepada pasangan suami isteri jika mengambil vitamin E ini sebagai makanan kesihatan harian. Bukan sahaja dapat kelebihan lain malah yang satu ni pun insyaAllah anda akan dapat. Mari baca saya nak cerita.
   Bagi lelaki yang mengamalkan pengambilan Vitamin E ini sekurang-kurangnya 1 minggu sekali akan mempunyai lebih tenaga dan mereka akan menikmati hubungan suami isteri berbanding lelaki yang tidak mengambilnya. Ha. Kaum lelaki tak nak cuba ke? Ini bukan saya kata tapi fakta yang kata berdasarkan kajian.
  Bagi wanita yang mengamalkan vitamin E ini pula iaitu sekurang-kurangnya selama 3 bulan, ia mampu meningkatkan 'sexual desires' dan dapat pula menikmati hubungan cinta dengan suami anda dengan lebih baik lagi.
   Kehadiran antioksidan yang seimbang di dalam Vitamin E mampu bertindakbalas untuk menghalang penghasilan radikal bebas akibat tekanan darah.
   Kandungan Nitrik Osida mambantu dalam melancarkan darah di bahagian alat sulit lelaki dan turut membantu ereksi yang lebih baik.
   Pengambilan Vitamin E berdos tinggi iaitu 600-800IU setiap hari akan membantu wanita menghasilkan estrol dan progesterone bagi mengimbangkan kandungan estrogen dalam tubuh badan kita. Jika kandungan estrogen berlebihan dalam badan kita, maka mudahlah timbul simptom PMS seperti kerisauan, kembung peut, sakit kepala, senggugut dan mood swing.
   Bagus tak bagusnya Vitamin E ni untuk pasangan suami isteri. Sebab itulah Vitamin E ini dikatakan Vitamin Cinta tapi untuk pasangan suami isteri sahaja ya.



Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh di buat melalui:
FB: Nur Nadia
SMS/Whatsapp: 0134093111
ID SHAKLEE:962762

'JOM SIHAT BERBALI-BALOI DENGAN SHAKLEE'
 

Khasiat vitamin E pula.

Bismillahirrahmanirrahim.

   Kali ini kita kongsi pula tentang khasiat yang terkandung dalam Vitamin E ini. Sebelum itu, adakah anda tahu dalam kehidupan seharian anda, apakah makanan yang mengandungi Vitamin E?
Sumber makanan yang mengandungi vitamin E adalah seperti berikut :
- Beras perang
-Gandum
-Minyak sayuran
-Sayuran berdaun hijau gelap
-Kacang soya
- Kacang
-Biji-bijian
-Semua bijirin
-Organ
-Daging
-Oat
-Susu
-Rumpai laut
-Telur
-Makan dari jagung
-Ubi kentang

Banyak kan? tapi sanggup ke anda nak makan banyak ini untuk mendapatkan Vitamin B yang mencukupi untuk keperluan tubuh badan anda?
Baiklah. Sekarang kita akan bincangkan tentang khasiat yang diperolehi dari Vitamin E ini.
1)Vitamin E akan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas seterusnya menjadikan anda kelihatan lebih muda. BEST kan? Dambaan setiap wanita ni.
2) Vitamin E berfungsi untuk membaiki peredaran darah, tisu dan sangat berguna dalam rawatan PMS dan penyakit firocystic payudara.
3) Vitamin E akan melindungi paru-paru anda dari pencemaran udara di sekeliling anda.
4) Vitamin E akan memelihara pembekuan darah yang normal. Ia juga akan menyembuhkan luka dan kurangkan parut.
5) Selain itu, Vitamin E bantu mencegah penyakit katarak dan bantu mengendurkan otot yang kekejangan
6) Khasiat seterusnya, menegkalkan kesihatan saraf dan sendi dan dalam masa yang sama ia akan menguatkan dinding kapilari
7) Vitamin E menggalakan pertumbuhan rambut yang sihat serta kulit yang sihat
8) Ia juga dapat bantu cegah anemia
9) Bagi golongan berumur, ia boleh mengurangkan risiko Alzheimer.
10) Paras kolesterol juga dapat dikurangkan dengan pengambilan Vitamin E
11) Dapat bantu dalam pencegahan kanser
12) BAntu juga dalam meningkatkan pengeluaran air mani bagi sesetengah lelaki
13) Vitamin E juga dikenali sebagai 'VITAMIN CINTA' bagi suami isteri kerana ia membantu dalam hubungan suami isteri.
14) Vitamin E juga penting untuk ibu hamil, ibu menyusu atau wanita yang melalui fasa menopous.

Sangat banyak khasiat yang mempu diperolehi dari pengambilan Vitamin E inikan. Tapi saranan saya sudah tentu pengambilan Vitamin E Coplex dari SHAKLEE adalah terbaik. Tapi, pilihan di tangan anda.
   Untuk sebarang tempahan atau pertanyaan bolehlah hubungi saya di :
 FB :Nur Nadia
 SMS @Whatsapp: 0134093111
 Id SHAKLEE :962762

'JOM SIHAT BERBALOI-BALOI BERSAMA SHAKLEE'

Mari berkenalan dengan Vitamin E

Bismillahirrahmanirrahim.
   Hari ini mari kita berkenal-kenalan pulak dengan Vitamin E. Vitamin E ini merupakan salah satu anti oksidan yang sangat penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Terdapat kajian tentang Vitamin E yang menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit. Menarik kan?
   Vitamin E adalah vitamin yang larut lemak. Ia disimpan di dalam organ badan eprti jantung, hati dan lain-lain organ. Lebih kurang 60-70% daripada vitamin E akan tersingkir dari tubuh badan setiap hari. Ini bermakna bukan semuanya tersimpan di dalam badan kita. Unit bagi mengukur Vitamin E adalah IU(Intenational Unit). 1IU=1mg.
   Vitamin E terbahagi kepada 8 komponen dalam 2 kelas pertama. Ia adalah tocopherol dan tocotrinol.(Komponen alpha, beta, gamma dan delta)

Apa kebaikan vitamin E?
1) Vitamin E akan membaiki pembekalan oksigen serta asid nukleik
2) Mampu menyembuhkan parut, tompok serta kesan pada kulit
3) Vitamin E juga terkenal dengan anti penuaan. IA akan menghalang proses penuaan sel serta memperbaiki pemebekalan oksigen dan memberi lebih ketahana.
4) Baik juga untuk jantung. Ini kerana ia berfungsi untuk mengambangkan pembuluh darah dan menghalang pengerasan arteri. Selalunya, keadaan ini sering dikaitkan dengan pertambahan usia (tua) dan kerosakan jantung. Ia juga dapatt menghalang pembentukan darah beku
5) Vitamin E juga dikatakan mampu meningkatkan KELELAKIAN dan kesuburan

***Terdapat satu kajian yang dijalankan di National Cancer Institute pada tahun 1998, mendapati bahawa dengan pengambilan Vitamin E dalam satu jangka masa yang panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan PENGHISAP ROKOK.

JOM SIHAT BERBALOI-BALOI DENGAN SHAKLEE


Nurnadia Md Jaini (Shaklee Independent Distributor)
ID : 962762
Pm FB : Nur Nadia
SMS/Whatsapp : 0134093111

Sunday, October 6, 2013

Lagi..Lagi..Lagi Tentang Kolagen

Bismillahirrahmanirrahim.

Lagi..Lagi..Lagi tentang kolagen. Banyak betul maklumat tentang kolagen ni ya. Manakan tidak, kelebihan dan kebaikannya pada kita juga terlalu banyak. Ok. Sekarang saya ingin kongsikan pula panduan untuk memilih kolagen pula.
1. Kolagen yang baik adalah kolagen yang mampu mengoptimumkan serapan ke dalam tubuh badan kita hasil dari sintesis enzim. Jadi, disarankan untuk mengambil kolagen dalam bentuk makanan (atau cecair) berbanding kolagen yang disuntik

2. Untuk mendapat kesan yang lebih cepat, disarankan kolagen yang diambil memiliki saiz sekurang-kurangnya 1000dalton dan ke bawah. Ini kerana saiz microfine akan membantu penyerapan oleh sel yang optimum.

3. Kolagen yang dipilih perlu mempunyai emolient yang unggul dan boleh mengunci kelembapan dalam tempoh yang panjang

4. Bagi mengurangkan kesan pra penuaan, kita perlu pastikan kolagen itu mempunyai antioksidan yang tinggi

5. Bagi membantu sintesis atau pembentukan kolagen dari tubuh badan sendiri kita perlu pastikan kolagen mengandungi elemen Vitamin B-Complex

6. Kehadiran glucosamine juga perlu dilihat bagi menjaga kesihatan sendi

7. Kolagen perlu mengandungi bahan-bahan yang mampu merangsang pembentukan asid hyaluronic yang memberi kesan untuk kulit yang tegang. Ini kerana, ia berfungsi untuk mengikat kolagen dengan kehadiran serat yang elastin.

8. Dan yang paling penting, kolagen itu mestilah selamat dan sdah tentu tidak bertoksin.

Semoga apa yang dikongsikan dapat menjadi panduan kepada anda semua dalam pemilihan kolagen terbaik buat tubuh badan anda. Dan cadangan saya tak lain dan tak bukan sudah tentu Shaklee Collagen Powder.

JOM SIHAT BERBALOI-BALOI DENGAN SHAKLEE


Nurnadia Md Jaini (Shaklee Independent Distributor)
ID : 962762
Pm FB : Nur Nadia
SMS/Whatsapp : 0134093111


Saturday, October 5, 2013

Kelebihan Shaklee Collagen Powder(SCP)

Bismillahirrahmanirrahim..

   Memandangkan bulan ini merupakan bulan bagi promosi pembelian SCP ini, jadi perkongsian saya mungkin lebih kepada SCP ini. Untuk penegtahuan anda semua, SCP ini terbukti dapat memperbaiki tekstur kulit wajah dan menghilangkan kedutan selepas kita menggunakannya selepas 8 minggu. Menarik kan? siapa yang tak mahukan wajah dan kulit yang cantik. Wanita dan kecantikan memang tak dapat dipisahkan.
  Mari kita review sedikit 'kesan sampingan' yang bakal kita perolehi hasil pengambilan SCP secara konsisten.
   1) Meningkatkan kelembapan kulit - 90%
   2) Mengurangkan kekasaran dan kekeringan kulit - 75%
   3) Dapat tingkatkan penampilan kesluruhan - 71%
   4) Tingkatkan kelembutan dan kelicinan - 69%
   5) Tingkatkan pemakaian mekap - 60%
   6) Dapat tingkatkan keanjalan, ketegangan dan elastin-55%
   7) Dapat tingkatkan ketebalan rambut - 54%
   8) Tingkatkan keserian, tona dan warna kulit - 50%
   9) Kurangkan garis halus dan kedutan



                                                    Credit to mamafaiz


Lihat. Banyakkan faedah yang bakal kita terima dengan pengambilan SCP ini. Selain itu, pengambilan SCP ini dapat menyokong kesihatan sendi dan menguatkan tulang kita. Ia juga membantu mengekalkan otot di dalam mata supaya lembut.
   Apa lagi mari order cepat-cepat sebelum stok habis. Anda akan tahu sendiri selepas mencubanya. InsyaAllah.

JOM SIHAT BERBALOI-BALOI BERSAMA SHAKLEE

Nurnadia Md Jaini (Shaklee Independent Distributor)
ID : 962762
Pm FB : Nur Nadia
SMS/Whatsapp : 0134093111


Friday, October 4, 2013

Apa itu kolagen?

Bismillahirrahmanirrahim.
 Alhamdulillah. Malam ni saya ingin berkongsi sedikit sebanyak tentang produk promosi pada Bulan Oktober ini. Apa produknya ?





 Sebut sahaja tentang kecantikan, kita mesti terfikir tentang kolagen. Tapi adakah kita tahu apa itu kolagen?
Kolagen merupakan vitamin utama bagi tisu sokongan dalam badan kita. Ia dikaitkan dengan fungsi keanjalan dan kekenyalan kulit kita. Kolagen merangkumi 30% daripada keseluruhan protein dalam badan kita.Antara kolagen yang terbaik adalah yang bersumberkan ikan laut dalam kerana struktur kolagen pada ikan ini mirip kepada kolagen pada manusia. Molekulnya pula lebih kecil dan mudah diserap oleh tubuh badan manusia dan juga ianya tahan lasak.

Apa keistimewaan Shaklee Collagen Powder (SCP) berbanding produk kolagen lain?
  Keistimewaan SCP ini adalah seperti berikut :
 - SCP adalah kolagen yang bersumberkan sisik ikan merah (4000mg)
 - Saiz kolagen adalah sangat kecil 1000dalton supaya proses penyerapan berlaku dengan unggul dan mendapat kesan yang segera
 - SCP ini dilengkapi dengan klinikal studi.
 -  SCP dilengkapi dengan 7 ramuan khas yang istimewa

Apakah 7 ramuan istimewa tersebut?
1)  Kolagen ikan - beri kesan elastin dan mengekalkan keanjalan kulit
2) Eksrak kulit kerangan - kehadiran glukosamina adalah sebagai pelincir sendi, menghidrat mata serta melegakan ketidakselesaan pada mata
3) Lactobacillus acidophilus- kehadirannya akan meningkatkan penyerapan kolagen
4) Ekstrak biji Camellia Japonica - mengandungi acid oleik dan isoflavin. Ia membekalkan nutrisi
5) Ekstrak Pfaffia - Untuk merawat keguguran rambut, ketidakseimbangan hormon dan dapat meningkatkan tenaga batin serta dapat meningkatkan prestasi dan tenaga
6) Vitamin C - Galakkan pengeluaran kolagen dan dapat menentang radikal bebas
7) Vitamin B- Dapat membekalkan tenaga penting dalam proses pengeluaran kolagen dalam sel

Apakah keistimewaan sisik ikan merah dalam SCP?
- Ikan merah hidup bebas dalam laut dalam (5000m)
- Ikan biasa tidak mampu hidup dalam laut dalam yang bertekanan tinggi. Jadi, ikan merah ini antara ikan yang mampu hidup dalam tekanan ini. Ia bebas bertelur dan hidup dalam lautan dalam.
- Ini menyebabkan ikan merah merupakan sumber kolagen yang sangat tahan lasak.
- ciri-ciri ikan merah : sangat tahan lasak, elastik, kepaduan sel sangat tinggi, tinggi kapasiti dalam mengekalkan kelembapan serta jisim molekul sangat rendah untuk penyerapan yang unggul

( Info : Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% setiap tahun selepas usia kita menjangkau 25 tahun. Walaubagaimanapun, kita hanya akan sedar akan kekurangan kolagen dalam badan kita selepas 10 tahun )

Nurnadia Md Jaini (Shaklee Independent Distributor)
ID : 962762
Pm FB : Nur Nadia
SMS/Whatsapp : 0134093111