Monday, January 13, 2014

Kepentingan Pengambilan Suplemen dalam Kehidupan Seharian

Bismillahirrahmanirrahim..

Sekarang dah menunjukkan pukul 4 pagi. Saya masih berjaga. Sebenarnya terpaksa menyiapkan tugasan pejabat. Walaubagaimanapun, apa salahnya sambil menyelam minum air kan. Sambil-sambil siapkan kerja saya turut nak berkongsi satu maklumat dalam blog kesayangan saya ni.
Selama anda mengamalkan suplemen adakah anda tahu apa kepentingan pengambilan suplemen dalam kehidupan seharian anda?
Mengikut Pakar Pemakanan dari Hospital Pakar KPJ, Kelantan Rose Hanizan Mat Hassan suplemen merupakan makanan tambahan dan bukan makanan gantian yang sering dianggap oleh sesetengah orang.
Makanan tambahan ini boleh wujud dalam bentuk makanan atau minuman.
Badan kita memang memerlukan pelbagai nutrien untuk pelbagai sebab. Antaranya kecantikan dan semestinya untuk kesihatan seharian. Contohnya, Vitamin C, Vitamin E, Zink adalah untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Nak gebu? nak cantik? Perlulah cukup nutrien-nutrien tertentu.
Sebelum mengambil suplemen kita perlu tahu sebab apa kita ambil suplemen tu. Jangan main ambil je. Kita juga perlu tahu cara pemakanan. Sekiranya terlebih dose ia akan memudaratkan kesihatan juga. Dapatkanlah nasihat dari Doktor atau pakar terlebih dahulu terutama bagi suplemen yang jarang dikenali.
Satu lagi kita perlu ingat bahawa suplemen bukan ubat yang akan menyembuhkan sesuatu penyakit tetapi ia merupakan makanan tambahan untuk mengekalkan kesihatan. Ia akan membaiki atau membetulkan sel-sel yang bermasalah. InsyaAllah.
Pemilihan suplemen juga perlu dibuat dengan betul supaya tidak memudaratkan kesihatan. suplemen yang dipilih perlulah diperbuat dari sumber semulajadi dan dari bahan organik. Ia juga tidak menggunakan bahan kimia.Paling penting mestilah mendapat kelulusan KKM.
Jangan ambil suplemen yang kita tak tahu kandungan dan asal-usulnya. Sekarang terlalu banyak suplemen dengan pelbagai jenama. Pengambilan suplemen yang tiruan/salah akan memberi kesan buruk untuk jangka masa panjang. Kadang-kadang anda tidak akan dapat lihat kesannya sekarang tetapi akan berlaku beberapa ketika lagi. Nauzubillah
Pilihlah suplemen yang betul supaya tujuan utama kita nak jaga tubuh badan kita tercapai untuk jangka pendek dan panjang.
Selamat beramal.

No comments:

Post a Comment