Monday, October 21, 2013

B- Complex untuk wanita

Bismillahirrahmanirrahim.
   Wanita dan kecantikan memang tak dapat dipisahkan. Tak kiralah sama ada wanita itu adalah anak dara, ibu, isteri atau sesiapa sahaja. Selain dari pengambilan Sustained Released vitamin C, Shaklee Collegen Powder banyak lagi produk Shaklee yang boleh diamalkan bagi tujuan kecantikan. Macam mana anda boleh cantik dengan pengambilan B- complex ni? Jom tambah ilmu sikit.

1) Pengambilan B-Complex sangat membantu dalam urusan sehari-hari wanita tak kiralah wanita bekerjaya, suri rumah atau pelajar. Begitu juga untuk ibu yang menyusukan anak. Kenapa? Ini kerana pengambilan B-complex ini akan menjadikan badan anda lebih bertenaga. Bagi ibu menyusu pulak, terpaksa bersengkang mata untuk menyusukan anak di malam hari. Esok pulak kena kerja. Nak tenaga kena la cukup nutrisi dalam badan. Bila bertenaga tak la nampak lemah sangat badan. Muka pun berseri-seri la.

2) B- complex berfungsi sebagai penenang. Fakta menunjukkan emosi ibu yang stabil mampu melancarkan proses penyusuan. Entri sebelum ini ada saya ceritakan fungsi vitamin B sebagai penenang dan penghilang stress.

3) Istimewanya lagi B-complex ini sangat penting dalam proses penukaran makanan kepada tenaga.

Macam mana anda boleh kenalpasti seseorang yang kekurangan vitamin B? Bila anda perhatikan seseorang itu cepat marah dan melenting, murung, lesu dan letih, moody, kulit nampak kusam dan selalu tension bermakna dalam badanya kurang vitamin B ni.
   Vitamin B ini merupakan vitamin larut air. Ia tidak dapat disimpan dalam badan kita bila-bila masa sekalipun. Ia perlu diganti dan ini berlaku setiap hari. Melalui cahaya, vitamin B ini akan musah dan deaktif. Gula juga mampu menghapuskan kehadiran Vitamin B. Selain itu, stress juga mampu meluputkan Vitamin B. Untuk pengetahuan anda juga, haba mampu juga menghapuskan vitamin B. Selalunya proses penyediaan makanan yang melibatkan haba mampu untuk menghapuskannya. Bagi individu yang mengambil antibiotik, pil perancang, pil tidur vitamin B sangat mudah terhapus. Oleh itu, anda perlu pastikan pengambilan Vitamin B dalam badan anda sentiasa mencukupi. Langkah bijak dan mudah tentulah mengamalkan suplemen contohnya sudah tentu B-Complex dari Shaklee.

Terima kasih sudi membaca perkongsian ini. Mudah-mudahan ada maklumat yang dapat membantu terutama bagi ibu yang menyusu seperti saya. InsyaAllah.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment