Monday, October 7, 2013

Mari berkenalan dengan Vitamin E

Bismillahirrahmanirrahim.
   Hari ini mari kita berkenal-kenalan pulak dengan Vitamin E. Vitamin E ini merupakan salah satu anti oksidan yang sangat penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Terdapat kajian tentang Vitamin E yang menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit. Menarik kan?
   Vitamin E adalah vitamin yang larut lemak. Ia disimpan di dalam organ badan eprti jantung, hati dan lain-lain organ. Lebih kurang 60-70% daripada vitamin E akan tersingkir dari tubuh badan setiap hari. Ini bermakna bukan semuanya tersimpan di dalam badan kita. Unit bagi mengukur Vitamin E adalah IU(Intenational Unit). 1IU=1mg.
   Vitamin E terbahagi kepada 8 komponen dalam 2 kelas pertama. Ia adalah tocopherol dan tocotrinol.(Komponen alpha, beta, gamma dan delta)

Apa kebaikan vitamin E?
1) Vitamin E akan membaiki pembekalan oksigen serta asid nukleik
2) Mampu menyembuhkan parut, tompok serta kesan pada kulit
3) Vitamin E juga terkenal dengan anti penuaan. IA akan menghalang proses penuaan sel serta memperbaiki pemebekalan oksigen dan memberi lebih ketahana.
4) Baik juga untuk jantung. Ini kerana ia berfungsi untuk mengambangkan pembuluh darah dan menghalang pengerasan arteri. Selalunya, keadaan ini sering dikaitkan dengan pertambahan usia (tua) dan kerosakan jantung. Ia juga dapatt menghalang pembentukan darah beku
5) Vitamin E juga dikatakan mampu meningkatkan KELELAKIAN dan kesuburan

***Terdapat satu kajian yang dijalankan di National Cancer Institute pada tahun 1998, mendapati bahawa dengan pengambilan Vitamin E dalam satu jangka masa yang panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan PENGHISAP ROKOK.

JOM SIHAT BERBALOI-BALOI DENGAN SHAKLEE


Nurnadia Md Jaini (Shaklee Independent Distributor)
ID : 962762
Pm FB : Nur Nadia
SMS/Whatsapp : 0134093111

No comments:

Post a Comment